HIDANGAN AYAM DAN DAGING

Ayam Panggang Berkicap Ayam Panggang Pedas Ayam Masak Lemak Lobak Cina
Daging Goreng Sayur Bawang (Leek) Daging Masak Rendang Jawa Sambal Daging Istimewa
Dalca Ayam    

  AYAM PANGGANG BERKICAP  
 
Bahan-bahannya :
-
4 cbsr minyak
1 biji bawang besar - di hiris halus
1 ekor ayam - Bersihkan dan dibelah empat

Bahan Untuk diKisar:-
8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 cteh penuh halia hiris

Bahan Untuk Dicampur Dgn Bahan Kisar:-
1 cteh serbuk kunyit
2 cteh serbuk ketumbar
1/2 cteh lada hitam
1 batang serai - dititik
4 cbsr kicap pekat
300ml air
1 cteh gula

     
Cara Membuatnya :-

- Panaskan minyak. Tumis bawang hiris sehingga garing,
kemudian masukkan bahan kisar dan serai. Tumis hingga
bangkit baunya.

- Masukkan ayam and gaul hingga sebati dengan rempah.

- Tuangkan kicap, gaul hingga rata. Tuangkan air and gula
hingga masak sehingga mendidih. Kemudian direnih lagi
selama 20 minit. digaul sekali-sekala.

- Angkat, letakkan dalam dulang ketuhar and panggang
ayam hingga garing.

ATAS

 

  AYAM PANGGANG PEDAS  
 
Bahan-bahannya :
-
1 ekor ayam - Bersihkan, siatkan kulitnya,
buang lemak yg berlebihan dan kelar
bahagian dada dan peha.

Bahan Untuk diKisar:-
1 cbsr rata ketumber } direndam
1 cteh rata jintan putih } supaya
5 tangkai lada kering } lembut
1 cteh penuh halia hiris
1 cteh penuh lengkuas hiris
2 ulas bawang putih
1 batang serai - dijadikan berus utk sapukan
minyak
1 cteh penyh serbuk kunyit - dicampur dgn
bahan kisar

1 batang serai - dititik
1 cawan kelapa parut } dicampurkan dan
1/4 cawan air } ambil santan pekatnya
garam secukup rasa

     
Cara Membuatnya :-

- Lumurkan ayam dengan bahan kisar pada bahagian luar
dan dalam. Lumurkan juga bahagian ayam yang dikelar
-kelar. Perap selama 2-3 jam..

- Masukkan serai yang dititik, santan dan garam ke dalam
periuk kecil. Dimasak atas api kecil. Apabila mendidih,
angkat dan ketepikan. Biarkan sejuk.

- Panaskan ketuhar (225 deg. Cel). Sapukan sedikit minyak
pada dulang pembakar. Panaskan dulang dalam ketuhar.
Letakkan ayam ditengah dulang. Sapukan santan pada
seluruh ayam dengan serai yang dititik, supaya ayam tidak
kering. Bila ayam setengah masak diterbalikkan.

- Panggang selama 11/2 jam atau hingga kelihatan garing.
Sejukkan sebentar sebelum dipotong dan dimakan bersama
Sambal Limau.

ATAS

 

  AYAM MASAK LEMAK LOBAK CINA  
 
Bahan-bahannya :
-
1 ekor ayam - Bersihkan, siatkan kulitnya,
dan dipotong beberapa bahagian
200 g lobak Cina - dikupas, kerat setebal 1sm
300 g kentang - kupas kulit dan potong 4/6
memanjang

Bahan Untuk diKisar:-
20 tangkai lada kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras (kecil)
1/2 cteh belacan
2 sm halia
1 kerat lengkuas (1sm) tebal) - dititik
1 cawan kelapa parut (dicampurkan 1/2 cawan
air,dan ambil santannya)
3keping asam gelugur - dibersihkan
2 cawan air
6 cbsr minyak
garam secukup rasa

     
Cara Membuatnya :-

- Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar bercampur serai
dan lengkuas. Ditumis hingga bangkit baunya dan timbul
minyaknya.

-Masukkan ayam dan garam. Dimasak anggaran 1 minit.

- Kemudian masukkan lobak Cina, kentang, asam gelugur
dan air. Ditutup periuknya dan direnik atas api sederhana
selama 10 minit atau hingga daging ayam empuk.

- Masukkan santan dan direnik lagi selama 1-2 minit.
Gaul lauk supaya santan tidak pecah.

ATAS

 

  DAGING GORENG SAYUR BAWANG(LEEK)  
 
Bahan-bahannya :
-
200 g Daging lembu - dikerat berkeping-keping
setentang dengan urat
200 g sayur bawang (leek)
1 chsr kicap pekat
1/4 cawan air
3 cbsr minyak
garam secukup rasa

Bahan Untuk diKisar:-
4 tangaki lada merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

     
Cara Membuatnya :-

- Buangkan akar sayur bawang dan bahagian atas daun.
Tinggalkan bahagian yang putih sahaja anggaran 2-3sm
bahagian daun hijau.

-Kerat sayur bawang (4 sm), kemusian setiap satu dikerat
dua pula (jika suka). Dibersihkan dan dituskan.

- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar selama 2-3 minit
hingga bangkit baunya. Masukkan daging lembu, gaul
untuk beberapa minit.

- Masukkan sayur bawang, gaul biar rata. Kemudian
tuangkan kicap dan bubuh garam. Digaul lagi, tuangkan
air, ditutup periuknya selama 5 minit atau hingga kuahnya
pekat.

ATAS

 

  DAGING MASAK RENDANG JAWA  
 
Bahan-bahannya :
-
500 g Daging kambing/lembu - dihiris nipis-nipis

DiKisar (Tidak terlau halus)
8 - 10 tangkai lada kering - direndam dulu
2 batang serai - dihiris
1 cteh rata lengkuas hiris
1 cteh penuh halia hiris
1/4 cawan air - jika menggunakan pengisar

Dicampur dengan bahan Kisar :-
2 cteh penuh serbuk ketumbar
1 cteh rata jintan putih
1 cteh rata serbuk kunyit
2 keping asam jawa - dihiris
5 cbsr minyak
1 cawan air
garam secukup rasa
2 cbsr bawang goreng - hiasan

     
Cara Membuatnya :-

- Perapkan daging kambing dengan bahan kisar dan serbuk
rempah dalam sebuah mangkok. Perapkan selama 1 jam
9sekurang-kurangnya). Lebih baik lagi jika diperap
semalaman.

-Panaskan minyak. Masukkan campuran daging bersama
asam yang dihiris. Ditumis atas api sederhana sehingga
bangkit baunya. Tuangkan air, masukkan garam dan
renih sehingga dagingnya empuk..

- Kecilkan api. Masak hingga kuahnya pekat.

- Taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan.

ATAS

 

  SAMBAL DAGING ISTIMEWA  
 
Bahan-bahannya :
-
150 g Daging lembu kisar - dibilas dan
tuskan
15 g atau 1 batang lobak merah - didadukan
kecil-kecil
1 biji bawang besar - dihiris halus-halus

1) DiKisar Hingga Halus :-
2 ulas bawang putih
1 kerat halia (sebesar biji badam)
1 cteh rata lada hitam - dikisar halus
1 butir telur gunakan pengisar

2) DiKisar Hingga Halus :-
14 tangkai lada kering - direndam
1 biji bawang besar
1 biji bawang
1 cteh rata belacan
4 cbsr air (jike menggunakan pengisar)

1/2 cawan kelapa parut } dicampur dan
1/4 air } ambil santannya
1 cteh asam jawa - dibilas kemudian dicampurkan
dengan santan dan dituskan.

1 cteh penuh gula
1 biji bawang besar - dihiris bulat
6 cbsr minyak
garam secukup rasa

     
Cara Membuatnya :-

- Gaulkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk -
daging kisar, lobak merah didadu kecil, campuran halia
dan bawang putih yang sudah dikisar halus dan garam
secukup rasa. Bahagikan kepada 8 bahagian. Kepal-kepalkan.
Biarkan berbentuk bulat atau bujur.

-Panaskan minyak dan goreng bahan kepal tadi. Tos dan
ketepikan. Tinggalkan 4 cbsr minyak panas di dalam kuali.

- Tumis bahan kisar sehingga bangkit baunya. Masukkan
santan dan gula, masak selama 2-3 minit. Masukkan kepalan
daging dan didihkan selama 1-2 minit lagi. Masukkan pula
bawang yang dihiris bulat.

- Gaul sehingga bawang separuh masak and angkat.

ATAS

 

  DALCA AYAM  
 
Bahan-bahannya :
-
1 ekor ayam -dibuang kulitnya dan dikerat
bahagian
2 cbsr penuh serbuk kari ayam - dilumurkan pada
ayam dan perap selama 20 minit.
500g kentang - dibelah 4
300g lobak merah - dibelah dua, dipotong kepada
beberapa bahagian mengikut suka anda.
250g terung - dipotong mengikut suka anda
150g buah kelor - dikikis kulitnya dengan pisau.
Dibelah kepada beberapa bahagian
150g kelapa parut - dicampurkan dengan 1/2 cawan air
dan perah santannya
100g belimbing - dibelah 2 memanjang
8 biji tomato - (sederhana) - dibelah 2
2 cbsr penuh asam jawa - dicelur dulu kemudian
dicampurkan dgn santan.

1) Bahan-bahan untuk ditumis:-
2 biji bawang besar (pilih yg sederhana) - dihiris halus
1 cbsr serbuk lada (jika suka)
1 tangkai daun kari
3 tangkai lada merah } dibelah dua
3 tangkai lada hijau }memanjang
2 tangkai daun ketumbar - dipotong kasar-kasar
10 cbsr minyak
garam secukup rasa

2) Bahan untuk Memasak Dhal:-
250g dhal - direndam selama 1-2 jam, kemudian dicuci
dan buangkan kulitnya.
4 tangkai lada hijau - dibelah tengah
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 tangkai daun kari
6sm kayu manis
2 cteh penuh serbuk kunyit
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
4 ulas bawang putih } dikisar halus
3 cteh halia
7 cawan air

     
Cara Membuatnya :-

- Campurkan kesemua bahan memasak dhal ke dalam periuk,
dimasak selama 20 minit atau hingga dhalnya empuk..

-Masukkan ayam yang diperap,lobak merah dan kentang
bersama dhal. Tutup dan biarkan mendidih. Bila mendidih,
digaul. Ditutup semula dan dimasak selama 10 minit..

- Apabila lobak merah dan kentang sudah empuk, masukkan
kelor dan terung, tutupkan periuk. Dimasak lagi selama 5
minit. Tuangkan santan dan masukkan garam secukup rasa.
Kecilkan apinya. Ditutup dan dimasak selama 5 minit lagi.

- Masukkan tomato dan belimbing. Dimasak lagi selama 1-2
minit. Angkat dan hidangkan.

ATAS

Ke Halaman Utama (HOME)