SALAD DAN SAYURAN

Sayur Urap Peria Istimewa Kathrika

  SAYUR URAP  
  Bahan-bahannya :-
200g kelapa parut - dibuang kulit
garam secukup rasa

Bahan Untuk diKisar:-
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1.5sm akar cekur - dibuang kulit dan hiris
6-8 tangkai lada merah
2 cbsr - penuh udang kering -direndam biar lembut

     
Cara Membuatnya :-

- Campurkan kelapa dengan bahan-bahan yang dikisar.

- Gaul garam secukup rasa. Gunakan kuali kering, sangai
bahan-bahan campuran diatas api kecil selama 10 minit atau
hingga hampir kering.

- Angkat dan hidangkan.

ATAS

 

  PERIA ISTIMEWA
 
Bahan-bahannya :
-
400g atau 1 biji peria - buangkan biji dan bahagian isi
dlm peria dan dikerat anggaran 2sm tebal berbentuk
serong.

Bahan Untuk diKisar:-
10 tangkai lada kering - direndam
2 ulas bawang merah
1 cbsr kelapa parut
1 cteh serbuk kunyit
1/2 cawan air jika menggunakan pengisar
1/2 cteh serbuk jintan putih

Bahan untuk ditumis:-
1 biji bawang besar (kecil) - dihiris halus
2 cbsr minyak
1 tangkai daun kari
1 cbsr rata biji sawi
garam secukup rasa

     
Cara Membuatnya :-

- Lumur 2-3cteh garam pada peria. Peramkan selama 10-15
minit supaya airnya yang pahit mengalir keluar.

- Kemudian dicuci peria itu dan keluarkan air yang selebihnya

- Campurkan peria dengan bahan kisar. Panaskan minyak,
masukkan bahan untuk ditumis. Apabila bawangnya sudah
garing, masukkan peria. Gaul selama 5 minit, tambah air, tutup
dan dimasak dengan api kecil.

Nota - Peria kurang digemari kerana rasanya pahit. Jika anda
memilih masakan cara ini, pilih peria yang warnanya hijau muda
dan liku-likunya lebar. Jika disediakan mengikut peraturan
diatas and dibuang air pahitnya, rasanya enak.

ATAS

  KATHRIKA
 
Bahan-bahannya :
-
600g terung - pilih jenis bulat dan warna ungu.
Dibelah dua, kemudian setiap bahagian dihiris tebal.
Direndam sebelum digunakan.
3 cbsr minyak
5 ulas bawang merah - di hiris halus
1 tangkai daun kari
3 tangkai lada hijau - dipotong-potong
1/2 cteh biji sawi
1 cteh serbuk kunyit
1 cteh serbuk lada
1 cteh biji ketumbar
1 1/2 cawan kelapa parut - dicampur dgn 1 cawan air dan
ambil santannya.
1 cbsr penuh asam jawa - dibilas dan dicampurkan dgn
santan, dan ditapis.
2 cteh garam
   
Cara Membuatnya :-

- Panaskan minyak. masukkan bawang putih, daun kari, lada dan
biji sawi.

- Apabila bawangnya sudah layu, masukkan terung dan serbuk
rempah, dikacau biar rata.

- Tuangkan santan yang bercampur asam dan garam. Ditutup dan
dimasak atas api kecil hingga terungnya lembut dan rempahnya
pekat.

ATAS

Ke Halaman Utama (HOME)