HIDANGAN IKAN DAN MAKANAN LAUT

Ikan Panggang Santan Kepala Ikan Asam Ikan Asam Rebus Bugis
Kepah Masak Asam Udang Goreng Spesial Sotong Istimewa

  IKAN PANGGANG SANTAN  
 
Bahan-bahannya :
-
1 kg ikan terubuk - dibersihkan, dikelar 2-3
bahagian pada badan ikan
250 g kelapa parut } dicampurkan dan
150ml air } ambil santannya

Bahan Untuk diKisar:-
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
garam secukup rasa
1 batang serai - dititik

     
Cara Membuatnya :-

- Campurkan bahan kisar dengan santan.

- Tuangkan separuh campuran pada ikan dan panggang..

- Apabila sudah garing, balikkan ikannya. Tuangkan santan
yang separuh lagi, panggang semula.

- Hidangkan dengan sos lada.

ATAS

 

  KEPALA IKAN ASAM
 
Bahan-bahannya :
-
1 kepala ikan kurau atau kerisi
300g atau 2 biji terung hijau
2 batang serai - dititik
1 cbsr penuh kelapa parut - disangai dalam kuali
kering hingga garing, kemudian ditumbuk halus
dijadikan kerisik
1 cbsr penuh asam jawa } dicampurkan, ditapis
3 cawan air } dan ambil air asamnya
5 cbsr minyak
garam secukup rasa
10 helai daun kesum - gunakan daunnya sahaja

Bahan Untuk diKisar:-
20 tangkai lada kering - direndam
5 tangkai lada merah
1 biji bawang besar
1 cbsr rata belacan
2 sm kunyit basah atau 1 cteh serbuk kunyit
1/4 cawan air jika menggunakan pengisar

     
Cara Membuatnya :-

- Bersihkan dan cuci kepala ikan dengan sedikit garam.
Dikerat kepada 4 bahagian atau jika suka biarkan kepala
ikan begitu sahaja.

- Terung yang digunakan itu hendaklah lebih dahulu
dibuangkan bahagian atasnya. Kemudian dipotong dua
memanjang. Setiap bahagian pula dikerat 3.

- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar selama
1 minit. Campurkan serai dan gerisik kelapa, digaul
sehingga bangkit baunya.

- Masukkan terung dan apabila warnanya mulai berubah
tuangkan air asam. Bubuh garam dan masak lagi hingga
mendidih. Apabila mendidih, masukkan daun kesum dan
kepala ikan. Direnih selama 7-8 minit hingga kepala ikan
masak.

ATAS

  IKAN ASAM REBUS BUGIS
 
Bahan-bahannya :
-
300g ikan kuning - disiang dan dibersihkan
1 cbsr penuh asam jawa }dicampurkan dan
21/2 cawan air }ambil air asamnya
1 batang serai - dititk
1 cteh gula
3-4 tangkai lada hijau
garam secukup rasa

Bahan Untuk diKisar:-
5 tangkai lada merah
11/2 sm kunyit basah
1 cteh rata belacan

     
Cara Membuatnya :-

- Gunakan tapisan, saring air asam ke dalam periuk. Masukkan
kesemua bahan (kecuali lada hijau), dimasak perlahan-lahan
hingga ikannya masak (10-15 minit).

- Sebelum dihidangkan, tumbuk lada hijau. Masukkan dalam
kuah kemudian tuangkan atas ikan. Hidangkan bersama nasi
dan kangkung goreng.

ATAS

  KEPAH MASAK ASAM
 
Bahan-bahannya :
-
1 kg kepah - dibasuh bersih-bersih
4 keping asam gelugur - dibilas
2 tangkai daun selasih - gunakan daunnya
4 cawan air
2 camca teh garam
2 camca besar gula
1 batang serai - dititik

Bahan Untuk diKisar:-
30 biji lada padi
1 keping kunyit basah (sebesar biji badam)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sm kiub belacan

     
Cara Membuatnya :-

- Masukkan kesemua bahan di atas dalam sebuah periuk dan
didihkan.

- Kemudian renih hingga kulit kepah terbuka dan angkat.

ATAS

  UDANG GORENG SPESIAL
 
Bahan-bahannya :
-
300 g udang - pilih yang sederhana atau
besar. Bersihkan tapi jgn dibuang kulitnya.
1 ulas bawang putih
2 cbsr mentega
3 cbsr keju Mozarella
     
Cara Membuatnya :-

- Panaskan mentega. Goreng udang sebentar sahaja.

- Bila warna udang kemerah-merahan, masukkan keju Mozarella.
.Gaulkan hingga keju cair and angkat.

ATAS

  SOTONG ISTIMEWA
 
Bahan-bahannya :
-
2 kg sotong - pilih yang kecil-kecil
1 cbsr kulit limau yang dicincang halus.
3/4 cawan air perahan limau
1/4 cawan minyak zaiton
2 cbsr sos chili yang pedas
4 ulas bawang putih - dicincang
     
Cara Membuatnya :-

- Bersihkan sotong. Campurkan dengan kulit limau, air perahan limau
sos chili dan bawang putih di dlm mangkuk dan tutup. Peramkan
selama 3 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.

- Toskan sotong dan masukkan sotong ke piring ketuhar atau
barbeku di atas api yang besar hingga masak.

ATAS

Ke Halaman Utama (HOME)